Monday 24 September 2012

Industri Kecilan Sederhana



Pengenalan Keropok Lesong.

Keropok lekor atau kerepok batang merupakan sejenis makanan tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia, khususnya di Terengganu yang terkenal. Keropok diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu dan sedikit garam. Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepong kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali, sebelum direbus didalam air panas.
Kandungan ikan yang tinggi menjadikan keropok lekor sebagai makanan berprotin tinggi yang kaya dengan iodin semulajadi. Keropok lekor boleh dimakan segar sebaik sahaja diangkat dengan dicicah air lada (sos cili) yang pedas. Pada masa ini, pembuatan keropok lekor telah pun tersohor kebeberapa negeri lain.
Keropok lekor biasanya tidak tahan lama. Bagaimanapun, sekiranya hendak disimpan dengan lebih lama, keropok lekor hendaklah dibalut dengan plastik dan diletakkan ditempat air batu bagi mengelakkan baunya mencemar makanan lain. Apabila hendak dimakan, ia perlu dibasuh dan direbus semula dengan air yang dicampurkan sedikit garam, sekiranya tidak keropok berasa tawar.
Selain daripada dimakan segar, keropok lekor juga boleh dipotong pendek dan digoreng sekali lagi bagi menghasilkan keropok yang lebih rangup. Keropok lekor yang dicampur dengan tepung kanji biasanya lebih rangup apabila digoreng, tetapi akan bertukar menjadi liat apabila sudah sejuk. Keropok lekor yang menggunakan campuran sagu tidak akan menjadi liat walaupun ia sudah sejuk selepas digoreng.
Keropok lekor juga boleh diproses dengan lebih lanjut untuk dijadikan keropok keping. Keropok lekor yang telah direbus akan dipotong nipis-nipis dan dijemur untuk dijadikan kepingan-kepingan keropok kering yang dikenali sebagai keropok keping. Keropok keping ini akan menjadi kembang apabila digoreng dalam minyak yang panas dan ia amat sedap apabila dimakan dengan sos cili.







Gambar


                                                           



                                         



Resepi :
Bahan-bahan
1 kg ikan Parang/Kembong
500 g tepung sagu/ tepung kanji
garam secukupnya
125 ml air
sedikit ketulan air batu
Cara penyediaan :
Ambil isi ikan, buangkan tulangnya. Tumbuk atau cincang halus isi ikan sambil dibubuh garam. Campur juga sedikit kiub ais semasa melakukan proses ini. Kemudian bubuh tepung sagu dan air secukupnya sambil diuli menjadi doh yang kenyal. Celup jari dalam tepung sagu dan bentukkan doh menjadi seperti silinder. Jerang air hingga mendidih dan rebus keropok. Bila keropok timbul, angkat dan sejatkan di dalam penapis. Keropok yang telah direbus boleh dimakan segera dengan dicicah cuka kerepok (sos lada). Sedikit 'serbuk perasa' atau juga dikenali MSG boleh ditambah bagi menyedapkan lagi.



Tempat Perniagaan terkenal yang dikeluarkan:
Keropok lekor Kg. Losong di Kuala Terengganu
KUALA TERENGGANU mempunyai gerai yang lebih 50 buah gerai yang menjual keropok lesong. Selama lebih 30 tahun, keropok lesong terkenal di  Kampung Losong. Kampung lesong di sini terkenal di seluruh negara kerana penghasilan keropok lekor yang merupakan antara makanan tradisional paling popular di Terengganu. Malah kerana popularitinya, Kampung Losong diiktiraf sebagai pusat perniagaan keropok lekor di Terengganu oleh kerajaan negeri.
Bagaimanapun, kewujudan semakin banyak kedai dan gerai baru menjual keropok lekor di sekitar daerah ini sekarang memberi saingan hebat kepada peniaga di Kampung Losong. Ini membuatkan kira-kira 20 peniaga di Kampung Losong mencari jalan untuk meningkatkan usaha bagi memastikan para pelanggan terus menjadikan keropok lekor Losong sebagai pilihan utama.

Ini termasuk usaha menubuhkan Persatuan Pengusaha Keropok Lekor Losong (PKLL) selepas 30 tahun kawasan perniagaan itu diwujudkan dalam usaha mencari kesepakatan untuk meningkatkan perniagaan.Pengerusi Persatuan Pengusaha Keropok Lekor Losong (PKLL), Suhaimi Ali berkata, selama ini peniaga lebih bersikap mementingkan perniagaan masing-masing dan tiada kerjasama dalam memastikan Kampung Losong terus dikenali ramai.

Menurutnya, mensyuarat pertama persatuan itu diadakan pada 24 April ini untuk membincangkan hala tuju serta pelan perniagaan masa hadapan. Menurut pendapatnya NORLIZA Razali membungkus keropok lekor yang menjadi nadi utama dalam industri pelancongan di Kampung Losong, Kuala Terengganu. “Saya berharap penubuhan persatuan ini bukan sahaja membolehkan kami bersama meningkatkan perniagaan masing-masing malah mempromosikan Kampung Losong sebagai pusat perniagaan keropok lekor,” katanya.

Tempatnya menarik pelanggan kerana :
Kampung Losong ini berdekatan dengan Taman Tamadun Islam (TTI) I Pulau Wan Man. Kampung Losong dikenali ramai kerana bentuknya yang kecil iaitu sepanjang 12.7 sentimeter. Bentuk keropok ini yang lain membezakan dari keropok lekor yang dihasilkan kamoung lain.


No comments:

Post a Comment